Pages

Salji

Monday, 18 June 2012

Hilangkan bosan korang dengan Cleverbot

Pada sesiapa yang stress, tension dan sebagainya takpun yang takde member nak chatting, korang bley la guna applikasi ni. Mesti kena layan dengan AI punya.. Korang taip la apa-apa soalan ka, mesti AI balas dengan menggunakan memori pengguna-pengguna Cleverbot yang dulu.. Huhu..Layan ~~ Cleverbot

Parabuthus transvaalicus~~

Aku ingat nak angkat spesies ni minggu depan. Nampak cam best ja. Spesies ni asal dari Afrika. Tapi jenis ni bahaya untuk newbie bela sebab spesies ni boleh sembur bisa dari ekor dia. Kalau nak compare kuat bisa PT ni, bisa dia lagi kuat daripada bisa Hottentotta Hottentotta (sebab aku pernah kena sengat. Huhu).


Video PT menyerang makanan dia...


Sunday, 12 February 2012

Rojak Bahasa

Camner la perasaan korang kalau jumpa post camni..
Cuba tengok komen diorang..
Adakah ini dinamakan Rojak Bahasa?
Kalau Bahasa Rojak, orang tu menggunakan lebih dari satu bahasa dalam komunikasi dia..tapi yang ni boleh kot dianggap sebagai Rojak Bahasa sebab dalam post nie kita dapat jumpa banyak orang yang datang daripada pelbagai jenis kaum menggunakan bahasa mereka sendiri [Bahasa menunjukkan bangsa]. Haha

Kejap komen bahasa English, kejap BM , kejap Chinese.. wah, nampak gayanya kena la guna Google Translate


Drag > CTRL+C > CTRL+V kat Google Translate


Camni plak jadinya.. adehh
Tapi kena paham-paham sendiri la apa yang diterjemahkan tu..sebab Google Translate ni translate satu perkataan ja.. tu yang camtu.. better translate it into English!
Komen-komen dekat post tu dah lawak, tapi bila translate bahasa cina ke BM jadi lagi ++ lawak la..adoii
# p/s: kalau post urgent kalau di buat camni boleh strees oo

Thursday, 9 February 2012

Leopard Gecko Kami


Assalamualaikum WBT
Bercakap tentang cicak, mesti korang akan terpikir binatang kecik yang selalu jatuh dekat dapur, kecik dan selalu poop merata2. Camtu jugak aku pada mulanya. Nak dijadikan cerita, waktu tu aku survey haiwan reptilia dalam forum. Niat dalam hati minat jugak dengan spesis cicak Bearded Dragon. Tapi nak cari org atau kedai yang jual menatang tu bukan senang. Ada seller yang offer posting, tapi aku tak berani nak ambik sebab takder waranti kalau menatang tu mati waktu posting. Browse punya lama, jumpak la treads cicak Leopard Gecko nie, bersepah jugak la. Aku terfikir jugak, “ Ada jugak orang bela cicak nie”.  Jadi, aku pon try la buka tread tu.. TERKEJUT jugak aku.. aku ingatkan cicak tu besar cicak rumah, rupa-rupanya besar tapak kaki.. Haha  
Untuk pengetahuan korang, Leopard Gecko ni boleh besar lebih kurang dalam 10 inci. Aku try la PM seller tu, sembang2 punya sembang, rupa-rupanya student satu university aku jugak, Ceh !!
So aku terus la COD dengan dia kat rumah dia. Banyak jugak serangga eksotik dalam rumah dia, macam masuk Zoo Mini pulak. Sempat jugak aku pegang Corn Snake dia. Hehe.

Aku ambik Leo sekor Jantan dan dua betina. Ketiga-tiga ekor tu adalah morph yang berbeza. Yang jantan tu namanya Tajol, jenis Hi Yellow. Yang betina pulak, Sunny jenis SHTCTB dan yang kecik ni namanya Tango, jenis SHTCT.

Ni la Tajol. Umur dia sekrg setahun 4 bulan. Besar kan

Sunny, umur dia setahun 4 bulan jugak. 
 
  Tango. Yang ni kecik lagi. Umur dia baru setahun

Bela Leopard Gecko ni takla susah mana pon. Sangkar untuk dia tak besar pon. Aku letakkan semua cicak aku dalam Faunarium saiz medium, keluaran ExoTerra. Tapi aku ingat nak letakkan dalam bekas yang besar sebab nak bagi diorang leh bergerak  jauh lagi. Sepanjang aku jaga Leos ni, masalah makanan tak jenuh pon. Leos ni makan 3 hari sekali. Diet adalah cengkerik dan mealworm (yang ni yang aku selalu bagi) yang dicampur dengan serbuk Kalsium. Serbuk Kalsium ni kira supplement haiwan reptilia untuk pembentukkan tulang yang kuat dan penting untuk penghasilan telur bagi yg betina. Cicak ni menyimpan makanan dalam ekor dia, sebab tu ekor dia besar. Cicak ni kira tak bagi masalah la kat owner dia. Najis dia tak berbau dan kering. Satu lagi dia tak buat bunyi cam cicak biasa, stay diam jer. Kalau time handling tu, ada la sekali dia dia bunyi “Squeek”cam itik kalau dia rasa tak selesa dengan cara kita pegang dia.



Ni la camna aku simpan Leos aku. Ingat nak tukar bekas yang besar sikit. Nak tengok diorang lari2 sikit =D

Seminggu aku tinggal Leos aku kat rumah sewa, balik ja aku terus check Leo aku, takut mati plak sebab ni first time aku tinggal diorang seminggu lamanya. Alhamdulillah, semua hidup. Tapi, yang mengejutkan aku, Sunny bertelur!!! Dia tak bertelur dalam nest box. Telur-telur tu kemek, ntah berapa lama dah Sunny bertelur. Aku terus ambik telur2 tu dan masukkan kedalam cocopeat yang lembap untuk dieramkan. Risau jugak aku pasal telur Leos tu kemek, risau telur tu tak subur. Aku terus tanya kat dalam forum pasal kes tu dan sedikit advise daripada senior, diorang cakap takpe kalau kemek, nanti lepas incubate dia akan segah balik. Lepas seminggu Sunny bertelur lagi 2 biji. So sekarang ni ada 4 biji la telur Leopard Gecko..Alhamdulillah =)

Telur Leo ni besar sikit daripada telur burung puyuh tapi sedikit lonjong


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails